Kemahiran Fardhu Kifayah

IIUM Academy dengan kerjasama Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kini menawarkan Kursus Kemahiran Fardhu Kifayah (Bersijil).

Kursus ini bertujuan untuk membina kemahiran asas para peserta dalam pengetahuan Fardhu Kifayah terutamanya dalam kemahiran pengurusan jenazah, asas menjadi seorang Imam dan Bilal, kemahiran penyembelihan haiwan, asas Tilawah dan Tajwid serta asas dalam rawatan Islam - Ruqyah Syar'iyyah.

Kursus ini diuruskan oleh IIUM Academy dengan kerjasama Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ia dikendalikan oleh ahli ilmuwan dan pakar bidang yang berkaitan antaranya pensyarah yang berpengalaman dan berkelayakan dari Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM, tenaga pengajar terlatih dari Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM, tenaga pakar bidang penyembelihan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta dari universiti atau institusi lain yang berkaitan.

Kursus ini terbuka kepada masyarakat umum yang berumur 18 tahun dan ke atas.


Butiran Program

TarikhTBD
Masa08:30 pagi - 05:00 petang
TempatMasjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak
YuranRM500.00 (termasuk sijil)
ModulTarikh & Hari
Kursus Pengurusan JenazahTBD
Kursus Imam dan Bilal : Bahagian PertamaTBD
Kursus Imam dan Bilal : Bahagian KeduaTBD
Kursus Penyembelihan HaiwanTBD
Tilawah dan Tajwid : Bahagian PertamaTBD
Tilawah dan Tajwid : Bahagian KeduaTBD
Ruqyah Syar'iyyahTBD

Klik pautan di bawah untuk daftar sekarang!

http://bit.ly/fardhukifayah-uiam-daftar

Nama AkaunIIUM Academy
Nombor Akaun14070000010710
BankBank Muamalat Malaysia Berhad (BIMB)
Sila e-mel bukti pembayaran kepada:
  • sakira@iium.edu.my
  • academy@iium.edu.my

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Sakira Banu Bt. Jafarulla
IIUM Academy of Graduate and Professional Studies
International Islamic University Malaysia
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.
Tel: +603 6421 6618   |   Fax: +603 6421 6620
E-mail: sakira@iium.edu.my   |   academy@iium.edu.my